Asal Usul Gelaran “NIK” Yang Banyak Dipakai Di Negeri Kelantan

Salam semua. Kepada yang bernama NIK, pernahkah anda tahu tentang asal usul keturunan NIK?? Dalam artikel ne ada sedikit info mengenai keturunan NIK. Mesti korang bangga bila tahu keturanan NIK ne macam mana. So, korang bacalah.
NIK adalah merupakan awal nama keluarga yang terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pattani Darus Salam. Terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama NIK ini.
Asal Usul Gelaran “NIK” Yang Banyak Dipakai Di Negeri Kelantan
Asal Usul Gelaran “NIK” Yang Banyak Dipakai Di Negeri Kelantan
Berdasarkan info yang diperolehi daripada Majlis Agama Islam Kelantan, keturunan NIK ada 2 jenis iaitu keturunan yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan atau pembesar. Yang kedua, keturunan NIK yang asli, maknanya nama yang bermula dengan NIK ne berasal atau berpunca dari keturunan Syed Husin, cucu Rasulullah. Tapi awas!!!, keturunan Syed pun terbahagi 2, sama ada yang asli, yang berasal dari nasab Rasulullah, atau pun yang sudah tidak asli seperti Kaum India yang lahir pada hari Jumaat ( Syed malam jumaat).Dan biasanya hanya mereka dan keluarga mereka yang asal (yang masih menjaga nasab) mengetahui keaslian keturunan mereka.
Dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama pangkal NIK melambangkan status sosial yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat di mana TENGKU berkedudukan teratas dengan diikuti oleh NIK dan NIK adalah unik bagi Kelantan sahaja.Selain itu, “Tuan”, “Wan” dan “Raja” malah “Che” juga, turut digunakan tetapi tidak seluas dan sekerap NIK. Oleh yang demikian, orang Melayu yang bernama pangkal NIK, 99.9% boleh dikesan susur galur mereka dari negeri Kelantan walau bukan menetap atau dilahirkan di Kelantan.
Nama NIK wujud setelah mana kerabat raja lelaki berkahwin dengan bukan kerabat maka anak akan diletakan nama NIK, tidak kira walaupun ayah bergelar raja,tengku atau tuan .So, maknanya NIK adalah campuran kerabat raja + orang biasa.
NIK banyak digunakan kerana ketiga-tiga cabang keluarga diraja Kelantan tak kira Raja Jembal, Long Gaffar atau Long Yunus memang menggunakan nama NIK bila sebelah perempuan berkahwin dengan orang luar. Sebab itulah ramai yg bernama NIK. Lagi satu biasanya org bernama NIK ni GENIUS sikit ,mungkin kerana perkahwinan campur. Ramai yang bernama NIK berjaya orangnya 🙂
Bila sudah berkahwin, gelaran yang akan diberikan kepada anak-anak adalah seperti berikut :
tengku (lelaki ) kahwin perempuan biasa = tengku.
tengku (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik atau tengku
raja (lelaki) kahwin perempuan biasa = nik atau raja
raja (perempuan) kahwin lelaki biasa = nik
nik (lelaki) kahwin perempuan biasa =nik
nik (perempuan) kahwin lelaki biasa = tiada
tuan/wan/che (lelaki) kahwin perempuan biasa =tuan/wan/che
tuan/wan/che (perempuan) kahwin lelaki biasa =nik/tiada/tiada/

Apa-apa hal pun, berbuat baik mestilah kepada semua orang dan Islam sendiri tidak menyukai orang-orang yang berbangga dengan keturunan masing-masing. sebab, keturunan bukanlah jaminan seseorang itu masuk syurga..
Wallahualam..
sumber https://nicknashram.blogspot.my/2012/05/kepada-yang-bernama-nik.html?m=1
close