Hanya kerana jatuh cinta pada orang yang salah, sebuah sejarah hitam telah tercatat dalam perjalanan hidup seorang wanita. Kisah ini dikatakan berlaku pada abda ke-19 di Perancis.
Seorang sosialit muda dari Perancis dikatakan telah dikunci di dalam sebuah bilik kecil selama 25 tahun tanpa seorang pun yang mengetahui akan perkara itu.
Kembali semula pada tahun 1876 di Paris, seorang wanita muda, Blanche Monnier, 25, merupakan seorang sosialit dikhabarkan telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua daripadanya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Oleh kerana lelaki tersebut sudah berumur tambahan pula dia juga seorang peguam yang muflis hal ini telah menyebabkan ibu Blanche yang bertatus bangsawan menentang hubungan mereka.
Kemudian, Blanche hilang secara tiba-tiba. Tiada seorang pun di Perancis yang melihatnya muncul di khalayak ramai lagi. Ibu dan saudara lelakinya berkabung akan kehilangannya lalu mereka meneruskan kehidupan seharian mereka. Tetapi di sebalik semua itu, mereka sebenarnya menyembunyikan sebuah rahsia yang dahsyat.
Ibu Mengurung Anak Perempuannya Yg Cantik Selama 25 TAHUN Sehingga Kurus Kering, Hanya Kerana.. |
Blanche Monnier ditemui di dalam bilik sempit, katilnya dipenuhi dengan makanan dan najis. Dia mengalami masalah malnutrisi yang serius sehingga beratnya hanya tinggal 55 pound
Mademoiselle Blanche Monnier telah dikurung dan dikunci di dalam bilik kecil selama 25 tahun oleh ibunya. Dia dikatakan hilang secara tiba-tiba selepas jatuh cinta dengan seorang peguam yang muflis
Pada 23 Mei 1901, pejabat guaman jeneral di Paris menerima surat misteri, surat yang tidak ditandatangani itu telah menceritakan tentang penangkapan Blanche Monnier oleh ibunya
Pada 23 Mei 1901, pejabat guaman jeneral di Paris telah menerima sepucuk surat misteri. Surat yang tidak bertandatangan itu berbunyi:
‘Peguam Negara: Saya mempunyai kehormatan untuk memaklumkan kepada anda tentang kejadian yang sangat serius. Saya bercakap tentang seorang wanita yang belum berkahwin yang dikunci di rumah Madame Monnier dalam keadaan hampir mati kelaparan dan tinggal dengan sampah yang tercemar dan dalam kotorannya sendiri, sejak dua puluh lima tahun yang lalu.’
Terkejut dengan surat itu, pihak polis memutuskan untuk menyiasat mengenai keluarga Monnier yang terkenal itu serta dengan harta benda yang mereka miliki.
Sekumpulan pegawai kemudian memasuki rumah mereka, memeriksa premis tersebut dan menjumpai sebuah pintu yang dikunci di tingkat atas. Apabila mereka membuka kunci pintu tersebut, mereka terbau bau yang begitu mengerikan.
Mereka sangat terkejut apabila melihat seorang wanita yang sangat lemah dan tidak berdaya di atas katil yang diliputi dalam makanan dan najis, yang matanya menyengat oleh cahaya kerana tidak pernah melihat cahaya matahari selama 25 tahun.
Blanche Monnier, hanya tinggal seberat 55 pound setelah dikurung selama seperempat abad lamanya. Dia tidak melihat cahaya atau manusia lain sepanjang tempoh itu.
Madame Monnier yang telah memenangi anugerah dari Committee of Good Works kerana sumbangannya yang besar kepada Paris, ditangkap selepas penemuan anak perempuannya
Madame Monnier meninggal dunia di dalam penjara 15 hari kemudian, selepas mengaku mengunci anak perempuannya yang cantik di loteng
Seorang saksi menyifatkan penemuan yang mengerikan itu: ‘Wanita malang itu ditemui dalam keadaan telanjang di atas tilam jerami yang busuk. Di sekelilingnya terbentuk semacam kerak dari najis, serpihan daging, sayuran, ikan dan roti busuk. ‘
‘Kami juga melihat cenkerang tiram dan pepijat di katil Mademoiselle Monnier,’ dia melanjutkan. ‘Udaranya tidak dapat dihidu menyebabkan adalah mustahil buat kami duduk lebih lama untuk meneruskan siasatan kami.’
Madame Monnier yang telah memenangi anugerah dari Jawatankuasa Committee of Good Work itu kemudian segera ditahan.
Walau bagaimanapun dia telah meninggal dunia dalam penjara 15 hari kemudian, selepas mengaku salah di hadapan polis.
Apabila anak perempuannya enggan memutuskan hubungannya dengan peguam yang dicintainya itu, Madame Monnier telah mengurung dan menguncinya di dalam bilik kecil.
Selama 25 tahun, Blanche hanya memakan sisa makanan ibunya. Hukumannya terus dilakukan bahkan setelah kematian kekasihnya pada tahun 1885.
Abang Blanche, Marcel berdiri semasa perbicaraan kerana membantu ibunya dalam kejadian itu dan pada awalnya dia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan. Dia kemudiannya dibebaskan atas tuntutan bahawa Blanche boleh meninggal pada bila-bila masa, tetapi memilih untuk tidak dibebaskan.
Blanche Monnier yang juga dikenali di Perancis sebagai La Séquestrée de Poitiers, meninggal dunia pada tahun 1913 di sanitarium di Bois.
Sumber : Media Gempak