Wow..! Gol Baddrol Bakhtiar Bakal Layak Masuk Ke Anugerah Puskas Award 2018?

Bila sebut sahaja nama Baddrol Bakhtiar kepada peminat bola sepak tanah air, majoriti atau hampir semua peminat sudah kenal siapa pemilik nama tersebut.
Wow..! Gol Baddrol Bakhtiar Bakal Layak Masuk Ke Anugerah Puskas Award 2018?
Wow..! Gol Baddrol Bakhtiar Bakal Layak Masuk Ke Anugerah Puskas Award 2018?
Baddrol Bakhtiar merupakan pemain bola sepak terkenal daripada pasukan kedah FA. Namanya disebut-sebut sebagai pengatur serangan utama bagi pasukan kedah.
Selain bermain dipasukan kedah beliau turut menjadi tonggak utama pasukan kebangsaan, Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah umur 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006.
Bagaimanapun penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.
Berapa kali agaknya Baddrol Bakhtiar menyelamatkan pasukan Kedah dengan sniper beliau?
Banyak kali!
Ia bukanlah kebetulan tetapi ia adalah kepakaran.  Baddrol Bakhtiar tidak perlu menggelecek atau memegang bola terlalu banyak di dalam padang.  Beliau hanya perlukan momen dan zon yang betul untuk melakukan sniper.
Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sabah dibesarkan di Sungai Petani) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia diletakkan sebagai Pengatur Serangan (Playmaker) sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan sayap kiri.
Baddrol dilahirkan di Kedah tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing. Bapanya bertugas sebagai askar dan pernah berkhidmat di Sabah dan terakhir di Sungai Petani dan seterusnya menetap di Sungai Petani.
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.
Kedah hampir gagal menembusi pertahanan JDT yang sangat berdisiplin pada separuh masa kedua.
Namun cukup dengan sekali rembatan padu Baddrol Bakthiar di kala dia melihat sahabatnya Farizal Marlias yang lari sedikit dari kedudukan terbaik.
Baddrol cepat mengambil rembatan supaya ruang terbuka tidak ditutup oleh pertahanan lawan dengan titik sasaran masih terbuka.
Ia gabungan decision making + technique + shots power
Satu slice outcurve yang menyelamatkan Kedah dari kebuntuan. Membawa 1 mata pertama Liga Super dari Larkin.
Dalam konteks Piala Sumbangsih, ia jaringan yang membawa Kedah ke penentuan sepakan penalti.
Simply Baddrol..!


Terbaru, ada desas desus mengatakan jaringan gol yang dibuat oleh Baddrol Bakhtiar ini bakal dimasukkan ke anugerah Puskas Award 2018. Benarkah? Jom Lihat video di bawah in
 VIDEO:


sumber:  muahciked

close