Perkongsian dari Dr Mohamad Saif Bin Jamaluddin.
Erti bersyukur. Nak kongsi satu cerita, kisah ketika masih HO di Hospital Melaka.
Nasi Bungkus Telur Masin: Kisah Benar Seorang Doktor Yang Menginsafkan |
Sempat curi masa untuk ke kantin hospital, semasa ingin bayar di kaunter akak yang beratur depan saya pun ingin bayar. Tengok akak tu ambil untuk bungkus, dua bungkus nasi ada kuah dan telur masin setengah biji setiap satu. Masa akak tu nak bayar, macam terkorek-korek dompet nak cari duit syiling.
Nasi Bungkus Telur Masin: Kisah Benar Seorang Doktor Yang Menginsafkan |
Saya tanya:
“Akak takde duit kecil ke…”
Akak tu jawab:
“Eh sorry doktor… tak tahu pula bekas makan ni kena charge..tak cukup duit pula…”
Akak tu cakap dengan cashier:
“Dik… saya letak balik telur masin ni…”
Nasi Bungkus Telur Masin: Kisah Benar Seorang Doktor Yang Menginsafkan |
Saya tahan akak tu…
“Takpe kak… saya bayar baki tu…”
“Akak makan ayam kan? Saya bayar sekali dengan dua ketul ayam goreng… akak gi tambah ayam…”
Entah macam mana hari tu tersemangat pula nak belanja orang.
Akak tu terus tersenyum gembira.
“Terima kasih doktor… dekat wad tolong orang… dekat kantin pon tolong orang…”
“Takpe la kak… rezeki akak.”
Selepas membuat pembayaran saya terus bergerak ke wad, ternampak akak tadi bawa bungkusan nasi tadi ke suatu pondok rehat di kawasan hospital.
Terdengar jeritan budak-budak..
“Yeay ade nasi!!!”
Ada empat anak-anak menyambut akak tadi di pondok… dan ada seorang mak cik yang agak berumur duduk sekali.
Langkah saya terhenti… dua bungkus nasi je?… Hati saya menjadi sangat sayu…
Nasi Bungkus Telur Masin: Kisah Benar Seorang Doktor Yang Menginsafkan |
Saya kembali ke kantin beli empat bungkus nasi ayam dan berikan kepada akak tersebut. Riuh rendah pondok tersebut. Seronok melihat anak-anak akak tersebut makan.
Akak tu menyatakan dia datang melawat suaminya yang sedang dirawat kerana eksiden motor dan ibu mertuanya datang sekali kerana teringin benar nak tengok anaknya di hospital. Saya tanya bagaimana datang ke hospital, akak tu jawab ada jiran hantar.
Saya tanya lagi, nanti akak nak balik macam mana?.. Tunggu jiran dia ambil lepas jiranya habis kerja. Kelihatan mak mertuanya yang sudah berumur.
Saya berikan sedikit duit untuk akak tadi untuk pulang naik teksi. Jenuh akak tadi berkeras tidak mahu ambil, tapi saya paksa juga..
Saya pulang ke wad dengan perasaan bercampur baur…
Gembira kerana dapat menolong… tapi sedih mengenang nasib akak tadi…
Masih ramai rakyat Malaysia yang hidup begitu…
Pengajaran yang saya ingin kongsikan:
1) Prihatin pada orang sekeliling.
2) Cubalah membantu apa yang termampu.
3) Sentiasa bersyukur. Lihat apa yang ada, bukan apa yang masih tiada.
4) Bekerja bersungguh sungguh untuk memajukan negara supaya boleh membantu semua orang.
Apa yang kita dapat dari perkongsian ini ialah menolong orang yang susah.. InsyaAllah banyak manfaat lagi sekiranya kita suka menolong orang. Menolong orang lain tidak mendatangkan kerugian, namun akan mendapat banyak keuntungan. Masihkah kita malas untuk merasa rugi menolong orang lain? Ini antara Keajaiban Menoling Orang Lain.
Keajaiban Menolong Orang Lain
Nasi Bungkus Telur Masin: Kisah Benar Seorang Doktor Yang Menginsafkan |
1. Allah akan menolong dan mudahkan urusannya di dunia
Pertolongan Allah kepada seseorang juga tergantung dengan pertolongan yang dilakukannya antar manusia. “Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang lain“. (HR. Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)
وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ
“Allah senantiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya.” (HR. Muslim no. 2699)
وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ
“Siapa yang biasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan senantiasa menolongnya dalam hajatnya.” (HR. Bukhari no. 6951 dan Muslim no. 2580)
2. Allah lapangkan kesusahannya di hari kiamat
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) seorang Muslim, maka Allâh akan menutup (aib)nya di dunia dan akhirat. Allâh senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allâh akan mudahkan baginya jalan menuju Surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allâh (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman akan turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allâh menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang diperlambat oleh amalnya (dalam meraih derajat yang tinggi-red), maka garis keturunannya tidak bisa mempercepatnya.” (HR. Muslim)
Baca juga: Memahami Makna Hikmah
3. Allah Mencintai seorang hamba yang menolong saudaranya
Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan .” (HR. Thabrani )
4. Satu kebaikan ditulis 7 kebaikan
Setiap pertolongan merupakan nilai pahala, ”Siapa yang menolong saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya .” (HR. Thabrani )
5. Pahalanya setara dengan pahala haji dan umroh
Sebagaimana disebutkan dalam hadits shahih berikut ini: ”Siapa yang berjalan menolong orang yang susah maka Allah akan menurunkan baginya tujuh puluh lima ribu malaikat yang selalu mendoakannya dan dia akan tetap berada dalam rahmat Allah selama dia menolong orang tersebut dan jika telah selesai melakukan pertolongan tersebut, maka Allah akan tuliskan baginya pahala haji dan umrah dan sesiapa yang mengunjungi orang yang sakit maka Allah akan melindunginya dengan tujuh puluh lima ribu malaikat dan tidaklah dia mengangkat kakinya melainkan akan dituliskan Allah baginya satu kebaikan, dan tidaklah dia meletakkan tapak kakinya untuk berjalan melainkan Allah angkatkan daripadanya, Allah akan ampunkan baginya satu kesalahan dan tinggikan kedudukannya satu derajat sampai dia duduk disamping orang sakit, dan dia akan tetap mendapat rahmat sampai dia kembali ke rumahnya. ” (HR. Thabrani)
Masyaallah… menolong orang lain yang sedang kesulitan adalah tabungan bagi diri kita sendiri. Menolong orang lain tidak mendatangkan kerugian, namun akan mendapat banyak keuntungan. Masihkah kita malas untuk merasa rugi menolong orang lain?
Semoga kita selalu diberikan kekuatan dan kesempatan untuk memberikan pertolongan pada saudara-saudara kita yang membutuhkan pertolongan. Aamiin…
Semoga bermanfaat.
*gambar sekadar hiasan
sumber foto: google
sumber : www.indahnyaislam.my | www.ummi-online.com