Adik aku dapat sambung belajar. Selain mak abah, Kak Long orang yang paling bangga. Tak sia-sia dia berkorban untuk kami. Dia menangis masa hantar adik aku daftar pengajian. Tapi malangnya adik aku mula berubah dan jadi anak derhaka selepas masuk ke U. Akhirnya dia kemalangan..
Perangai Adik Berubah Dan Mula Jadi Anak Derhaka Lepas Masuk Universiti. Akhirnya Adik Kemalangan Dan |
Kak Long aku sangat hebat. Walaupun sekolah cuma sampai tingkatan 5 je tapi dia anak yang taat. Tak pernah lawan cakap mak abah.
Sanggup tak sambung belajar sebab tak nak susahkan mak abah. Nak cari duit bantu adik-adik belajar. Walaupun Kak Long dapat keputusan yang sangat baik masa SPM.
Masa tu mak cuma ambil upah menjahit di rumah. Ramai juga jiran-jiran di flat kami tinggal hantar baju pada mak. Abah pula ada kencing manis yang kronik dan tak boleh buat kerja berat. Abah memang duduk di rumah saja.
Walaupun begitu, aku kagum dengan kasih sayang antara mak abah. Mak faham yang dia perlu ganti abah cari nafkah untuk keluarga. Abah juga faham yang dia tak boleh tambah beban kerja mak dengan urus rumah tangga. Jadi, abah banyak buat kerja rumah. Abah mengemas dan membasuh. Bab memasak tu pula, abah akan tanya mak nak masak apa dan abah akan siapkan semua bahan. Mak cuma masak jer. Sebab abah cakap, abah tak selera nak makan kalau bukan mak yang masak.
Kami cuma 3 beradik. Kak Long, aku anak kedua dan seorang adik lelaki. Kak Long cakap anak perempuan tak perlu belajar tinggi. Nanti akan kahwin juga. Jadi isteri orang juga. Jadi, kalau nak ubah nasib, doa supaya dapat suami yang bertanggung-jawab. Tak kaya pun tak apa asalkan ada tempat tinggal, cukup makan pakai, beragama untuk bimbing keluarga.
Kami dua beradik lelaki ni Kak Long suruh belajar sungguh-sungguh. Kata Kak Long sebab kami yang akan tanggung anak dara orang lepas kahwin. Alhamdulillah, berkat taat pada mak abah dan ikhlas pada kami, Kak Long dapat jodoh yang baik. Abang ipar aku seorang ustaz di sekolah adik aku. Kami panggil Abang Long saja.
Masa Kak Long nikah, adik aku baru habis SPM dan aku di semester akhir degree. Aku memang tak berniat lagi untuk sambung master. Nak kerja. Sampai bila Kak Long perlu berkorban untuk kami. Sedangkan dia dah jadi isteri orang. Walaupun abang ipar aku tak kisah, tapi aku malu. Aku mula kerja untuk ambil alih tugas Kak Long sara keluarga. Dah tiba masanya Kak Long berehat. Abah pin dah makin tak larat, jadi aku cakap kat mak, mak dah tak perlu nak menjahit lagi. Kesian juga tengok mak, mana nak menjahit, nak jaga abah, nak urus rumah.
Adik aku dapat sambung belajar. Selain mak abah, Kak Long orang yang paling bangga. Tak sia-sia dia berkorban untuk kami. Dia menangis masa hantar adik aku daftar pengajian. Dalam pelukan kami bertiga, Kak Long mohon kami doakan supaya anak dia Imran, sebaik dan sepintar kami. Masa Kak Long cakap macam tu makin deras air mata aku jatuh.
Tak tahu mana silapnya, perangai adik aku makin berubah lepas dia masuk universiti. Dia jarang balik rumah walaupun tengah cuti. Kerap minta duit walaupun dia dapat biasiswa. Bila balik rumah, rumah dah jadi macam hotel. Cuma untuk tidur. Itu pun balik sekejap. Mula berkasar dengan mak abah.
Selama ni kami adik-beradik sangat takut kalau buat seauatu yang mengguris hati mak abah. Aku pun takut kalau Kak Long terasa. Tapi adik aku makin biadap. Pernah dia tengking mak sebab tak sempat masak tengah hari. Dia lapar tapi tiada makanan.
Bila Kak Long dan abang ipar balik rumah, dia acuh tak acuh je berbual dengan Kak Long. Langsung tak mesra. Hand phone asyik di tangan. Kak Long perasan perubahan adik. Bila Kak Long tanya pada aku, aku cuma kata tak tahu. Tapi bila Kak Long tanya pada mak abah, mak mula bercerita sambil menangis. Terpancar rasa kecewa di wajah Kak Long dengan sikap adik sekarang.
Setelah tamatkan pengajian, adik ambil keputusan untuk kerja dan tinggal di bandar. Sejak bekerja dan menyewa di bandar, adik tak pernah balik. Sampai satu hari, ada polis datang rumah maklumkan yang adik kemalangan masa bekerja. Masa tu aku kerja. Mak telefon aku dan Kak Long, kami semua ke hospital.
Adik perlukan darah dan kami semua setuju untuk dermakan darah. Lepas buat ujian darah, tiada seorang pun antara kami yang boleh menderma. Masa tu baru kami tahu, abah darah AB, mak darah A, aku dan Kak Long darah A macam mak, tapi adik darah O. Terbongkar rahsia yang mak abah dan Kak Long simpan selama ni.
Aku memang tak tahu apa-apa. Tapi rupanya adik dapat tahu rahsia ni masa adik baru masuk universiti sebelum ni. Adik bukan anak kandung mak abah. Adik jadi macam tu sebab memberontak. Dia rasa ditipu.
Lepas aku merayu pada mak untuk bercerita, baru mak cakap yang adik sebenarnya anak saudara mak yang mak ambil sejak lahir. Maksudnya adik aku tu adalah sepupu aku. Mak ayah dia meninggal dalam kemalangan masa nak hantar mak dia bersalin. Tapi pihak hospital dalam selamatkan adik. Sebab tu mak jaga adik. Mak tak bagi tahu cerita sebenar sebab tak tahu macam mana nak bercerita. Adik dapat tahu cerita ni masa buat research untuk assignment dia. Dia jumpa artikel surat khabar lama.
Selama ni kami tak pernah syak apa-apa sebab kebetulan nama abah dan nama adik mak sama. Muka adik pun ada iras muka mak.
Aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Lepas adik keluar hospital, aku pujuk adik. Aku cakap yang mak, abah dan Kak Long mungkin bersalah rahsiakan semua ni. Tapi dorang buat sebab sayang kan adik. Selama ni pun mak abah tak pernah bezakan antara kami bertiga. Kak Long pun sama. Dia sangat adil pada adik-adik dia. Aku pujuk adik untuk balik semula ke rumah kami. Adik diam. Macam patung. Keras.
Masa sekolah, abang ipar aku ni adalah guru yang adik aku paling hormat. Jadi abang ipar aku cuba pujuk adik. Abang Long tanya, adik sayang tak Imran. Tiga kali Abang Long tanya baru adik anggukkan kepala. Abang Long tanya kenapa adik sayang Imran. Adik cakap sebab dia anak saudara adik. Anak kakak adik. Abang Long senyum.
Abang Long pujuk adik balik. Ambil peluang untuk bentuk keluarga kami yang pernah bahagia sebelum ni sementara mak abah masih hidup. Lagipun adik bukan orang lain pun. Anak saudara mak yang mak jaga dengan penuh rasa amanah dan kasih sayang. Abang Long pesan pada adik, kalau jadi apa-apa pada Abang Long dan Kak Long, dia minta adik janji. Janji tolong jaga Imran macam mana mak abah jaga adik. Ayat terakhir tu yang buat adik tewas.
Alhamdulillah, keluarga kami bersatu semula. Mak abah gembira sangat-sangat. Aku dah nak kahwin, Kak Long hamil anak kedua. Adik pun dah pulih dari kemalangan.
Sumber : Dunia Apeez