Niat Kutip Sampah Bersihkan Laut, Rupanya Terkutip Muntahh Paus, Dari Nelayan Terus Jadi Jutawan

Niat kutip sampah bersihkan laut, rupanya terkutip muntah paus, dari nelayan terus jadi Jutawan
Nasib seorang nelayan di Bengkulu, Indonesia berubah sekelip mata sejak dia menemui beberapa ketulan seperti lilin ketika keluar menangkap ikan. Ketulan yang pada awal disangkannya cumalah sampah, 
rupanya-rupanya adalah muntah ikan paus yang mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran. Ia mampu mencecah harga ribuan ringgit bagi satu kilogram.
Niat Kutip Sampah Bersihkan Laut, Rupanya Terkutip Muntah Paus, Dari Nelayan Terus Jadi Jutawan
Niat Kutip Sampah Bersihkan Laut, Rupanya Terkutip Muntah Paus, Dari Nelayan Terus Jadi Jutawan

Sukardi yang berasal dari Kabupaten Kaur memperoleh pendapatan sebanyak Rp 22 juta bagi setiap satu kilogram muntah ikan paus yang dijualnya. Setakat ini, Sukardi sudahpun memperoleh pendapatan sebanyak Rp 3.3 bilion ( kira-kira RM 927 ribu) hasil penjualan 150 kilogram muntah ikan paus.
Dengan dia masih lagi memiliki simpanan muntah ikan paus sebanyak 200 kilogram, Sukardi dijangka mampu mendapat pulangan sekitar Rp 6 bilion rupiah (RM 1.85 juta) selepas dia bercadang untuk meningkatkan harga jualannya kepada Rp 30 juta sekilogram.
Muntah ikan paus ternyata mendapat permintaan yang tinggi kerana ia digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan barang kosmetik dan pewangi kerana sifatnya yang mampu memanjangkan bau wangian supaya kekal lama. Malah, para saintis turut menggelarkan muntah ikan paus ini sebagai emas terapung kerana harganya yang tinggi.

Sumber : vindieselmedia.com
close